Thursday, December 23, 2010

cerita hantu

amaran : ini adalah kisah sebenar..namun, butir2 cerita masih samar kerana ia baru berlaku pada 23 december 2010..
pada suatu pagi yang hening dan suram, yang ditemani gerimis hujan, seorang gadis yang ingin menjalankan kewajipannya sebagai seorang pekerja bangun awal untuk bersiap..waktu itu pukul 6.00 pagi..kelihatan samar2  sebuah van putih yang bernombor plat AFN **** parkir dihadapan rumahnya..matanya melihat 3 orang manusia didalam van tersebut..untuk memastikan apa yang dilihat, dia membuka lampu..setelah suis dipetik dan matahri mula muncul, van itu terus bergerak dengan laju dan akhirnya lenyap dari pandangan..apa tu..??
setelah dia bersiap, dia membawa motor dan melalui rumah jirannya..kelihatan seorang wanita tua memakai tudung kelabu dan memakai baju kurung duduk dihadapan rumah jirannya..ingin saja dia berpatah balik untuk melihat siapakah wanita itu..namun, cuaca yang bertambah buruk menyebabkan dia terus memulas mintak motorsikalnya..memang terdapat kerusi disediakan untuk keluarga jirannya duduk diwaktu petang sambil menemani anak bongsu keluarga itu bermain..namun, siapakah wanita tua itu..??adakah ibu tuan rumah tersebut mengayuh basikal datang ke rumah anaknya diwaktu pagi dalam gerimis..??memang isi rumah jirannya itu tiada orang tua..siapa dia..??dari mana dia datang dalam hujan yang semakin melebat di waktu pagi..??
jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..
gadis : kak yit..
jiran : akulaa tu..!

No comments: