Monday, November 29, 2010

kisah puteri kayangan dan jejaka kacak..

disaat si jejaka kacak sedih dan pilu, dia duduk ditepi pantai ditemani angin bayu yang bertiup syahdu..lalu, dia berkata-kata, bercerita, menangis sendirian, menjerit untuk melepaskan perasaannya..lalu datang seorang puteri dari kayangan datang menari2 menghiburkan hati jejaka yang suram jiwanya..

jejaka : wahai tuan puteri, jiwaku tertambat padamu tuan puteri yang jelita..datanglah padaku setiap kali aku bertandang dipantai ini..
puteri : segala permintaan tuan hamba, akan hamba turutkan..

dan sejak itulah  mereka saling meluahkan cerita antara dua dunia..semenjak perkenalan mereka, si jejaka ini tidak lagi berduka..namun, asyik termenung mengingatkan sang puteri jelita itu..perkara tersebut membimbangkan seluruh keluarga jejaka kacak tersebut dan keluarga tersebut memutuskan untuk memisahkan jejaka kacak dengan kekasih halusnya, puteri kayangan..
melihat kesungguhan keluarga si kacak, sang puteri membuat keputusan untuk berundur diri dan tidak kembali bertemu lagi dengan si kacak..

pada malam yang hening..

puteri : wahai tuan hamba, cukuplah sekadar ini perkenalan kita..lupakanlah hamba..jangan sesekali memanggil hamba lagi..hamba tidak sanggup melihat keluarga tuan hamba gundah-gulana..
jejaka : adakah kata-kata mu memberi erti bahawa tuan puteri tidak mencintai saya?
puteri : jangan sesekali tuan hamba terbitkan erti cinta..tuan hamba masih muda dalam dunia ini..cinta tidak memberi apa-apa jika tidak direstui..maafkan hamba..
jejaka : oleh itu, apa ertinya puteri datang menghiburkan hati saya?
puteri : hamba hanya penglipur lara yang datang tidak berjemput dan pulang tidak berhantar..maafkan hamba..

setelah pertemuan akhir itu, semakin hari semakin kurang perasaan si kacak kepada puteri kayangan..memang itu apa yang dikehendaki oleh puteri jelita..namun, hatinya luka..sedalam jurang Marina..

tamat!!

No comments: